Wednesday, July 22, 2015

di sini aku berdiri

hai.. here i go again. nak membebel lak kat sini.

sepanjang aku meninggalkan blog ni, banyak benda dah berlaku kat aku. pahit manis masam masin kelat payau semua ada lah. pokoknya semua merubah diri aku menjadi aku yang sekarang. kalau korang duduk sejenak, fikir balik life yang korang dah tempuh selama ni mesti korang akan perasan sesuatu yang selama ni kita selalu cakap, tapi jarang hadam dalam otak betul2, dalam hati betul2. iaitu, "setiap detik dalam hidup kita ni adalah berharga. apa yang kita buat today akan affect hari esok dan seterusnya". oh btw korang masih ingat poem "the road is not taken"?? aku kagum sangat sebab apa yang si penulis tu cakap memang betul. agree 100%.

okay.. nak cite sikit..

lepas aku habis study kat universiti dulu, merata2 aku cari keje. ecehhh.. takdelah sangat sebenarnya sebab aku ni ada konflik dalaman. aku amek kos english tapi aku tak suka mengajar. bidang korporat benda2 executive ni aku tak reti sangat. aku mintak position camtu pun direject je. so aku kejelah kilang, keje jual kuih, keje menulis, keje kedai roti dan macam2 lagi. banyak gak keje ordinary yang most degree holder takkan pandang, apa lagi nak buat. aku sanggup buat sebab benda tu pengalaman. dan aku berpegang pada prinsip, "orang yang pernah hidup susah tu made a better person". dan prinsip ni gak aku guna untuk cari calon, teman sepanjang hayat aku nanti. In Shaa Allah :)

dan yang pahit akan manis jua akhirnya. yang masam akan manis di penghujungnya. macam buah la. dari kelat bertukar masam, bertukar manis. haa gittewww. macam tu gak aku. dulu keje a bit susah. Alhamdulillah, Allah itu Maha Penyayang Maha Pemurah. now dah senang sikit. apa yang penting sekali bukan usaha tapi niat kita. niat kita baik, Allah akan tolong. kalau niat tak baik, usaha macam mana keras pun, susah nak dapat, kalau dapat gak tu, mungkin ujian Allah nak bagi kat dia.

Hurm tak tau nak celoteh apa lagi. kalau aku ada idea lagi aku tulis tulis lagi yeee...

p/s: rasa macam tak best lak bahasakan diri 'aku' kat sini. nak pakai 'saya' macam formal sangat. so address me as 'el' la. hee peace!!!


No comments:

Post a Comment