raya baru nak masuk 2 minggu. ada yang dah kering duit ke? jaga-jaga yee. especially yang keje gomen tu. gaji dah advance. nanti bulan 8 baru dapat gaji lagi. lama tuuuuu. ramai yang dah start menggelabah sekarang ni memikiorkan duit yang makin hari makin nipis. tiap bulan benda yang sama terjadi. paling teruk time raya.
benda yang sama berlaku pada el. el pun risau jugak ni cukup ke tak gaji ni. el tak risau bab belanja apa semua sebab dari apa yang el kira-kira untuk belanja, gaji tu cukup je. yang el risau duit nak saving tu takde. banyak el kena save money. al maklumlah el baru je start 'hidup' lepas habis study tahun lepas. jadinya banyak goals, kawen, rumah, tanah, kereta, simpanan waktu tua, simpanan kecemasan, simpanan anak-anak, insuran etc. kalau el listkan satu-satu mau muntah gak ni orang membacanya. el pun dah pening-pening dah ni. hadoi. hahaha.
so el nak share sikit tips yang el penah baca dulu. mana yang el ingatlah ye. yang tak ingat tu nak buat camne. haha. so tips ke arah pengurusan wang yang lebih baik. cekidautttt
1. simpan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji setiap bulan.
benda ni perkara pertama yang kita kena buat. dapat gaji je terus asingkan 10% ni. so kalau gaji tu rm2000 sebulan, 10% maknanya rm200 la. duit ni untuk dilupakan. bukan letak rata-rata then lupa k. tapi simpan kat bank, jangan sentuh, jangan jeling, tengok atau sebagainya. anggap ia tak wujud.
2. buat simpanan 3 bulan gaji.
jadi kalau gaji 2k, simpan 6k. ni wang kecemasan kita. andai kata berlaku sesuatu macam diberhentikan kerja contohnya, duit tu kita boleh guna untuk tampung hidup sekeluarga sementara dapat kerja baru. untuk bakal pengantin, sila ambil perhatian hal ni okay. jangan berhabis time majlis, lepas majlis makan megi. hmm.
3. beli bila perlu
ambil masa bila nak beli sesuatu. kalau kita nakkan sesuatu mesti time tu jugak nak pegi beli kan? no no no. salah tu. bila kita rasa nak beli sesuatu yang bukan keperluan harian (beras, ikan, ayam etc) please HOLD dulu niat tu. bagi masa berfikir untuk diri sendiri dalam 2 minggu - 1 bulan. biasanya bila dah hold lama, kita akan sedar sebenarnya yang benda tu kita tak perlu pun. and kita end up tak beli. kat situ lah kita boleh save duit sebenarnya. benda ni berdasarkan pengalaman el sendiri. el penah hold nak beli barang tu sampai setahun lebih. el nak benda tu dari jan 2014, now dah julai 2015. hehehehe
4. luang masa buat survey
jangan malas. buat survey. masuk beberapa kedai, bandingkan harga, baru beli.
5. simpan resit
el suka simpan resit. semuanyaaaa. dari resit barang, resit bank, tiket wayang (fav collection), kad topup dan sebagainya. dari situ el boleh nampak berapa banyak el habiskan tiap bulan. el penah kumpul kad topup bagi beberapa bulan saje dah rm400++ omg! lepas tu el dah slow down sikit topup2 ni. nampak tak implikasi positif simpan resit ni? lagi satu, kalau barang kita beli tu rosak, boleh claim balik atau tukar baru. kalau tak, burn aje kat situ. so simpanlah resit anda yeee ;p
6. buat aliran tunai yang masuk dan keluar
tak payah belajar akaun pun boleh buat. el beli buku lejer, el tulis gaji masuk + pendapatan lain (kalau ada) tu berapa. then setiap kali el beli barang, el akan rekod berapa banyak duit yang keluar tu. even benda simple pun el rekod. kat sini boleh nampak lebih jelas kat mana duit el hilang. takdelah nanti tak tau ke mana duit tu pegi kan. buat tiap hari supaya tak terasa susah sangat. lepas beli barang je, balik rumah, bukak buku lejer, tulis.
7. belanja bawah kemampuan
belanja bawah kemampuan ekonomi kita. jangan belanja lebih atau cukup2 ikut kemampuan ekonomi kita. contoh nak beli kereta. walaupun gaji kita membolehkan kita buat loan setinggi 80k, janganlah buat. sebab nak bayar bulan2 nanti sakit woi. bayar kereta, rumah, barang dapur, lampin anak, minyak kereta, etc. tiap-tiap bulan takde duit saving. then, tup tup, ada kecemasan yang memerlukan duit. mana nak cekau duit lagi? meminjam lagi? ibarat tutup lubang A. terbuat lubang B. tutup lubang B, terkorek lubang C. di mana penghujungnya?
okaylah. nanti el sambung. penat pulak. hehehe
No comments:
Post a Comment