Thursday, February 28, 2019

SUSU UNTUK ANAK SEMBELIT

Hai hai semua. dah bertahun dah El tinggalkan blog ni. Harini tetiba terdetik nak try login blog. Nasib baik masih ingat password. Hehe. So today nak cakap pasal kes anak sembelit.


Hanya yang pernah mengalami je tau betapa seksanya anak sembelit ni. Ibu terseksa tengok, anak lagi terseksa menanggung. So, anak El ni start sembelit masa umur dia 9, 10 bulan tapi on off. Sejak lahir lagi El dah bagi susu formula + susu badan since susu badan tak banyak (anak pertama, ilmu pun kurang).



Dutch Baby 0-6 Bulan Rumusan Bayi

DUTCH BABY 0-6 BULAN

Ni susu anak El minum sejak lahir sampai umur dia 6 bulan. Takde masalah langsung. Membuang okay setiap hari, takde muak susu. Badan bambam. 


Dutch Baby 6-12 Bulan Rumusan Susulan

DUTCH BABY 6-12 BULAN

Memandangkan anak El rasi dengan susu ni, so El pun continue lah susu 6-12 bulan pulak. Time ni lah sembelit dia mula jadi. Sedih hati ni tengok dia meneran sampai merah muka, menangis sampai hilang suara. 



Shaklee Meal Shakes

SHAKLEE MEAL SHAKES

El pun buat research lagi cara nak hilangkan sembelit bayi ni. Rata-rata blog suggest cuba Meal Shake. El pun apa lagi, terus order Meal Shake ni kat akak agent Shaklee yang El pernah contact dulu masa tengah berpantang.

Meal Shake ni memang menjadi. El bancuh dengan susu Dutch Baby 6-12 bulan. Hari pertama bagi, petang tu anak EL dah berak. Najis softer than usual lah. Masuk hari ke-3, sekali dia berak poww sampai bocor. Ada pernah sekali El nak mandikan dia. Dah siap bukak pampers. Tetiba dia mencangkung. Sekali dia melabur daaaa.. Habis lantai nak oii.. Mujur la tak lewat punch in hari tu.

Lepas tu El proceed Dutch Lady 1-3 Tahun pulak sebab sembelit dah okay kan. Tapi rupanya kebahagiaan tu tak lama. Anak El sembelit lagi. Masuk 2 minggu, masih belum hilang sembelitnya. So, El bawak jumpa doc kat klinik kesihatan,

Time ni El dah tau apa salah El. El buat sup sayur but then tak blend sayur tu. Just bagi kuah jernih + bubur. Aduhai.

Doc also suggest tukar susu. El tanya, susu Dumex Dugro okay ke? Dia kata boleh cuba sebab ramai yang serasi susu tu. Doc tu suggest jugak susu Fernleaf kalau anak dah 1-3 tahun sebab anak dia serasi susu tu. 


Dumex Dugro 3 Perisa Asli

DUMEX DUGRO 3 (1-3 TAHUN) PERISA ASLI

Balik je dari jumpa Doc, El terus ajak hubby pegi beli susu Dumex Dugro ni. Alkisah El nak cuba susu ni sebab anak-anak abang n kakak El semua minum susu ni sampailah besar. 

Susu ni texture lain daripada susu Dutch Baby. Susu Dutch Baby warna cream kuning and macam tepu tau. Bila kita tekan pakai sudu, dia mampat sungguh. Puting botol pun El selalu tukar sebab mudah berkerak. Huhu. 

Susu Dugro ni tepungnya warna putih and macam pasir yang sangat-sangat halus. Puting botol dah mudah berkerak.

Balik pada cerita tadi... Bila dah beli susu tu Dugro tu, terus bancuh and bagi kat anak. Dia boleh terima susu tu. Sembelit pun okay sikit tapi masih ada. Banyak pek jugak El bagi anak El minum susu ni. Dari bancuh ikut sukatan sampai lah bancuh cair (4 auns 2 scoop je).

Masa minum susu ni, anak berak berdarah. najis keras. Kalau keluar tu, seketul besar. Kadang-kadang macam taik kambing, ketul kecik-kecik. Dia punya meneran tak usah cakaplah. Menjerit, menonggeng, terlentang. Kaki lurus, kejang. El nak bengkokkan pun susah. Ya Allah, pilu hati ibu! Macam-macam El ikhtiarkan. Bagi betik (totally rejected), air masak minum sipi-sipi je, buah pir makan ala-ala je. Strawberi haritu dia suka and dia berak hari-hari. Habis separuh kotak strawberi, dah langsung reject buah tu.


Lazz Susu Kambing Perisa Asli

 LAZZ SUSU KAMBING PERISA ASLI


Selepas itu, El terfikir nak cuba susu kambing pulak sebab susu kambing kan susu ke-2 terbaik selepas susu ibu dan lebih cepat dihadamkan oleh perut bayi.

El pilih Susu Lazz ni sebab dia fresh milk, takde gula tambahan. Harga RM46 sekotak (retail), kalau beli banyak kat agen boleh dapat harga murah sikit.  

Habis sekotak El bagi kat anak. Sembelit nampak biasa je. Tak kurang tak makin teruk. Maybe kena try lama sikit kot baru nak nampak kesan.

Rasa susu memang sedap, tak hanyir, tak manis. Sesedapnya kat tekak. Tapi kekurangan dia, sesuai untuk baby umur 2 tahun ke atas sahaja. Bawah 2 tahun jadikan susu supplemen je. Maksudnya bagi 1-3 kali je sehari, selebihnya susu formula biasa. 

Kenapa?

Sebab bayi bawah 2 tahun perlukan DHA, ARA dan nutrisi lain yang berkaitan yang dia boleh dapat dari susu formula manakala Susu Lazz tu susu kambing segar, takde DHA ARA etc untuk perkembangan otak bayi. Maka El pun google susu kambing lain.


Susu Kambing R-Rayyan Perisa Vanilla


SUSU KAMBING R-RAYYAN PERISA VANILLA

Antara susu kambing yang mempunyai review baik adalah susu kambing R-Rayyan ni. Ada DHA dan nutrisi-nutrisi penting lain. Apa yang menariknya, susu ni claim sebagai susu yang merawat sembelit bayi/kanak-kanak. Ada prebiotik dan probiotik. Maka El pun tertarik nak cuba.

Harga retail RM46 + postage RM8 untuk sekotak 550gram. Beli kat facebook Susu R-Rayyan HQ sebab El takut nak beli kat luar. Takut tiruan.  Postage pun laju. Kotak selamat, takde kemek, koyak atau bocor. Kalau beli time offer, harga boleh jatuh RM41 sekotak.

Bau susu ni wangi, bau vanilla. Rasa manis sebab ada kurma. Bila bancuh warna dia cream dan mudah larut kat air suam. Tak payah shake/goncang pun botol susu. Susu ni El just putar-putar je botol susu (ala-ala kacau pakai sudu).

Kotak pertama habis dalam masa 5 hari. Then El repeat 4 kotak lagi sebab ada kesan positif kat anak. Anak dah berak setiap hari dan najis takde ketul-ketul macam taik kambing dah. Warna najis kuning. Tapi dia masih meneran sampai menggigil. Najis masih keluar seketul besar, dan masih ada kesan berdarah. 

Masa ni El ada la cuba blend jus kurma dan prun. Tapi anak minum 2,3 hirup je. El bekukan jadi popsicle pun dia tak nak. Huhu. El pun menggoogle lagi dan terjumpa susu lain.


Dumex Mamil Learning Step 3

DUMEX MAMIL LEARNING STEP 3 (1-3 TAHUN)

Pada 15/2/2019 (Jumaat) El terjumpa review pasal susu ni masa dok research susu untuk anak sembelit. Tapi El tak berapa yakin sebab cow-based formula milk kan. Brand Dumex jugak. Takut jadi macam Dumex Dugro hari tu. 3 hari El buat research, 17/2/2019 (Ahad) baru El beli susu ni.

Sebab apa El nak cuba?

Sebab susu ni cipta sendiri prebiotik dan mempatenkan prebiotik tersebut. Maknanya, company lain tak boleh tiru prebiotik dorang. Berdasarkan research El, foreigners luar sana dah buat kajian terhadap prebiotik dalam susu Mamil ni dan basically dorang approve kebaikan prebiotik ni. Dan ada claim yang mengatakan prebiotik ni diciptakan untuk supaya baby dapat susu formula yang hampir menyerupai susu ibu. Sejauh mana kebenarannya, Wallahu alam.

Boleh baca pasal susu ni kat sini https://mamil.com.my/en/benefits.php

Jadi lepas beli susu ni, malam tu El start bagi. Actually Mamil ada bagi guidelines untuk introduce susu ni kat anak tapi El main bedal je terus tukar on the spot haha.



Result??

Esoknya El dapat laporan yang baby El dah membuang sampai bocor. Najis cair, tapi bukan totally liquid macam cirit birit tu. Hari ke-2 pun bocor gak. Haa punya lah lawas. Lega hati. Lepas tu sembelit datang menjengah balik. 2 hari tak membuang, pastu najis keras sampai berdarah. Halahh anak.. But El masih continue susu Mamil dalam hati gundah gulana tu.



El cerita hal sembelit anak El kat my boss (perempuan). My boss cadangkan bagi anak minum air glucose ni. Letak sikit kat air masak pastu bagi anak minum.

Glucolin Perisa Original

GLUCOLIN GLUCOSE PERISA ORIGINAL

El bancuhkan 2 sudu kecik (pakai sudu kentang putar kfc) dalam air suam. Air tu dalam 250ml - 300ml. Masuk dalam botol air anak. Takde rasa manis pun, cuma air tu taklah terasa kosong/pahit macam air masak biasa.

Fungsi tambah glucolin kat air masak anak ni adalah untuk :

1) Menggalakkan anak minum air masak/kosong
2) Glucolin ni sejenis gula yang tak larut dalam badan. Dia akan pegi kat usus dan tarik air ke dalam usus supaya najis yang dihasilkan tu tak dehidrasi/kurang air. Bila najis cukup air, dia jadi soft and mudah dikeluarkan dari dalam badan.

Jadi ni result bila El bagi air glucolin kat anak :

Hari pertama bagi tu anak El berak 2 kali. Pagi tu berak keras berdarah. Sejam lepas tu berak lagi, permulaan najis tu keras, pertengahan sampai hujung soft.

Hari ke-2, anak El tak berak. Hari ke-3 berak agak cair. Kebiasaannya kalau 2 hari tak berak, confirm najis keras. Tapi ni tak pulak. Makanya, bila nampak kesan positif El akan teruskan bagi glucolin dan susu Mamil. El jugak amalkan 1 scoop Meal Shake dalam susu anak setiap pagi dan malam sebelum tido untuk memastikan dia cukup fiber.

Oh yaa... Untuk pengetahuan semua, maksud El berak agak cair tu yang ni... TYPE-6

AMARAN : LINK DI BAWAH MENGANDUNGI GAMBAR YANG AGAK KETERLALUAN. TAK DIGALAKKAN BUKA LINK JIKA ANDA SEORANG PENGGELI hehehe

https://www.google.com/search?biw=603&bih=297&tbm=isch&sa=1&ei=3ph4XJ2BPYjivATI54SICA&q=normal+stool+for+1+year+old&oq=normal+stool+for+&gs_l=img.1.8.0l4j0i8i30j0i24l5.2029872.2033720..2050706...0.0..0.125.861.6j3......1....1..gws-wiz-img.......35i39j0i67.HGUml1kDtkg#imgrc=jqpG1T7zvndJ-M:


Anak El Type-6. Dia actually mild diarrhea (cirit birit ringan). Bagi El takde masalah kalau najis dia type ni as long as bukan Type-7 atau Type- lain (cirit birit teruk/ sakit perut).  Kalau El terlebih makan betik (my fav fruit) El pun akan kena Type-6 hehehe..

Anak El dulu sembelit memang main Type 1 - 3. Kali ni barulah okay sikit. Kalau uols nak cuba glucolin ni, boleh cuba 1 sudu kecik kfc tu dulu kalau takut anak cirit birit. Kalau takde masalah, bolehlah ikut macam El 2 sudu kecik kfc. Kalau anak tak suka perisa original, boleh bagi perisa oren atau anggur.

Okaylah. Until we meet again. Tata ;)



Sunday, October 25, 2015

Review produk kecantikan 2015.


Hai chuolss!! Ahaha. Dah nak habis tahun 2015 baru el nak share pasal review produk kecantikan ni. Entah macam mana sejak 2, 3 menjak ni el rajin lak menggugel pasal produk kecantikan. Maybe sebab el freak out sebab jerawat tumbuh lagi atas muka el. Halaaahhhh. So kat post ni sesaje je nak share produk yang pernah el cuba seumur hidup el (ecehh ayatt…)



1.       Fair & Lovely
Ni el cuba masa el tingkatan 2 kot. Dulu kulit el boleh tahan la gelap. Masa muda2 suka main panas. Dah tua2 ni je baru ada kesedaran yang exposure to cahaya matahari lelebih tu tak elok. Hahaha. So far, pakai cleanser Fair & Lovely ni kulit el cerah la sikit. El suka sebab dia wangi and lembut je lepas pakai.




2.       Clean & Clear
Yang ni pun best. Jenis kulit el oily dulu. Bila pakai ni, tak la rasa oily sangat, kulit rasa bersih, and kering sikit2 tu ada bila el over cuci. Means cuci lebih dari 2x sehari (freakssss! Hahaha). El pakai yang basic punya. Pencuci muka kaler oren, toner biru. Moisturizer el tak suka pakai sebab bau dia lain macam. Wangi sangat. El tak tahan. El pakai clean & clear ni lama gak dari umur 15 or 16 camtu sampai el umur 19. Then el tukar produk lagi. Hahahaha



3.       Oxy
El pakai oxy pun sebab el punya pencuci muka clean & clear habis. Masa tu terdesak sangat nak cuci muka. G carik kat kedai, clean & clear takde. Yang ada cuma oxy. So rembat jela oxy. Sebab masa tu terfikir, dua2 function sama je, untuk muka oily and acne prone. Mokcik pun redah lerr. Masa pakai tu muka dah terasa tegang n pedih2. El biar je. Teruskan pakai. Sampailah satu tahap, jerawat kecik2 naik atas dahi. Pastu merebak satu muka. Halaahhhh. Sedih sangat masa tu.



4.       Syahirah
Lepas muka naik jerawat penuh satu muka tu, kawan el rekemen pakai syahirah. El pun try la. El cuba satu set dengan harapan kulit el pulih balik sebab ingredients syahirah Nampak macam mild to skin. Tapi… sebaliknya berlaku. Breakouts lagi banyaakk. Sampai el masuk 1 kedai ni, ada budak nursing sekali dalam tu. Dia cakap kat kawan dia, “ee kalau parut jerawat merah2 macam tu alamatnya lambat la nak hilang.” Lebih kurang camtu la. Dik non, mokcik tau ler awak tu lawa, flawless, tapi toksah la menghina orang lain. Kena kat diri sendiri baru hang tau. So mokcik keluar kedai dengan hati patah seribu. Huwaaaaaa



5.       Avon Clear Skin
Selepas penghinaan sedemikian rupa (ecehh) el kembali menggunakan clean & clear tapi tak lut dah kat kulit el. Maybe sebab yang sebelum2 ni tu dose dia lebih tinggi, so C&C dah tak lut. El bertukar pada Avon lak. Pencuci muka tube kaler putih. Kalini muka el improves gak la. Jerawat kecik2 merah2 tu hilang sikit sikit. Tapi el perasan kulit el macam menipis. El tanya kawan el yang pakai Avon jugak, Dia cakap dia pun rasa macam tu. So both of us stop pakai. Seram pulak haaaaa. Dia punya saliyclic acid 2.0. which is tinggi jugaklah.



6.       Eumora
El terjumpa Eumora ni masa el kat U. Ada a group of Chinese datang U el promote benda ni. El amek masa sebelum decide nak try. Almost a year gak. Bila muka el jadi irritated sebab pakai Avon, el call this one Chinese lady, asked her about Eumora. Masa tu el terus beli kat dia. One box, ada 4 bars. Each bar cost me RM90. Habis duit gaji el sebulan keje kedai hmm. Tapi el nekad nak try sebab masa demo dulu, memang product ni power. Produk ni guna microalgae yang susah nak jumpa and harga dia mahal. Chinese lady ni buihkan sabun tu, bubuh kat sebelah muka el. Sebelah lagi tak. Dalam 3 min, dia tighten skin pores. Nampak beza ketara belah yang pakai dengan tak pakai. So dengan itu, el pun pakai la Eumora. El beli da pakai habis 4 box. Then el stop bila muka jadi kering bila dah lama2 pakai. Plus el malas nak join direct selling dia. Hihihihhi



7.       Tia Amelia
Bila el nampak muka kawan el tetiba licin, el tanya dia produk apa. Dia cakap Tia Amelia. Wahh.. Rasa nak cuba gak. Tapi macam biasa. Sebelum el cuba, el memang akan buat research kat google and tanya sape yang penah pakai. So far, positive comments je el dapat. Then el try la. Complete set el amek. Masa mula pakai sabun pencuci dia, muka el pedih and gatal2. El biarkan je, el tahan, tak garu muka tu. Lepas seminggu dah tak rasa gatal. Btw.. Krim kunyit dia powerrr. Sekejap je dia kasi sapu sama jerawat siap dengan parut2nye sekali. Krim kunyit ni kena pakai selang seli dengan krim malam. Malam ni krim malam, malam esok krim kunyit. Bila muka el dah okay sikit, el pun jadi malas. Ada la gak skip2 pakai. And secara tetiba, el perasan muka el jadi oily sangat2, pehtu jerawat naik besar2. Oh my GOD!



8.       Stemcell Serum & Diamond Serum
Serum botol kecik ni start fofulerr tahun 2013. Memang trending la. Ramai mencuba and hasilnya rata2 superb. Muka tegang, tak berkedut, jerawat hilang dengan parut2 sekali. El pun mencuba gak dua2 serum ni from Mai Amy. El beli 1 kotak, ada 12. El share dengan kawan el. Mula2 pakai, rasa best je. Dalam 3 hari nampak dah kesan. Bila serum dah nak habis, el berkira2, nak teruskan or camne. Masa tu, el ada try Aiken Tea Tree Toner. Ya ampun… muka el oily sangat2, berkilat. Then breakouts balik. El cepat2 buang toner tu. Masa tu serum el dah nak habis. El berkira2 nak beli lagi serum tu or stop terus. Entah macam mana, el terjumpa artikel pasal merkuri dalam produk kecantikan. Ciri2 produk ada merkuri adalah produk tu berkilau (shine bright like a diamond serum!), kesan cepat and bila apply kat muka, muka pun berkilau. Ciri2 tu memang ada kat serum tersebut. Aduduhhhh.. El stop and buang serum tu. Haish..



9.       Sabun susu beras by K-Brothers
El try atas recommendation kakak ipar el. So far, masa pakai sabun beras ni muka el calm sikit. El suka!!! Bau dia wangi pastu lembut je kat kulit. Muka rasa tegang lepas cuci muka. Yela, nama pun diperbuat daripada beras. Memanglah untuk menegangkan muka. El takde masalah bila guna sabun susu beras ni. Yang jadi masalah bila el tetiba try cara semulajadi nak membasmi jerawat dan menghilangkan parut jerawat ni. Cekidaut el buat apaaaa.



10.   Kayu manis + madu
Haa ni la yang el buat. Memang cari pasal.  El kikis kayu manis tu jadi serbuk, then campur madu sikit, tempek kat muka sampai esok pagi. Cukup seminggu el pakai, muka el jadi merah, dan pedih. Padan muka.



11.   MZ Secret Soap
El try sabun ni lama. Dari akhir tahun 2013 tak silap, sampai Januari 2015. El setia pakai sabun ni sebab memang sabun ni bagus. Kesan dia lambat sikit la tapi it’s okay. Kalau kesan cepat sangat ada something wrong la tu. Biasanya kadar chemical tinggi. Masa mula pakai MZ ni memang muka el teruk. Merah2 and breakouts sebab el pakai kayu manis + madu tu. Tak sesuai ngan kulit el or sebab el pakai lama sangat, bawak tido bagai, or sebab el overdose kayu manis. Yela, kayu manis kan panas. Hasil el pakai sabun MZ, muka el improves.

Dalam masa yang sama el ada consume supplemen Perla Coffee. El borong sampai 10 kotak. Hahaha. El sebenarnya bukan tahan sangat caffeine ni tapi nak cantik punya pasal kann.. Perla Coffee ni berkesan. Hari2 el belek muka, betul2 nak perati perubahan kat kulit muka (againnn freaksss! Hahaha). Kesan dia, jerawat pulih sedikit demi sedikit, kulit kurang berminyak, rasa bertenaga je bila buat kerja. Dulu el kerja taska, then malam buat kelas tuisyen. Haaa.. Memang perlukan banyak tenaga. Bila stok Perla Coffee habis, el tukar. Consume dewy yang Zila Bakarin pakai tu. Best-best! El pun acah-acah gebus macam Zila Bakarin gak time tu. Hahaha.

Dalam masih menggunakan sabun MZ, el bertukar lagi. Haa. Bertukar supplemen kepada Ibu Putih Collagen Drink. Harga mampu milik. 1 jar tahan sebulan. Perisa coklat. Sangat sedap hokeyh. Rasa nak cedok pakai sudu, makan gitu je. Kesan dia pun memberangsangkan gak. Alhamdulillah. Dia pakai marine collagen, satu bahan yang sangat berkesan dalam membaikpulih kerosakan kulit. Ada bahan2 lain lagi. Uols boleh gugel tengok sendiri. El bagi 4 ½ bintang!



12.   Oatmeal
El ada cuba pakai oatmeal as cleanser. Sebab masa tu entah macam mana muka el naik jerawat. Maybe sebab stress ngan kerja, pastu rumah el duduk time tu betul2 sebelah jalan raya. Habuk2 semua masuk rumah. Time ni el perasan el dah terkena resdung. Bila bangun pagi je rasa ada lendir kat rongga mulut n hidung. Huwaaa. So el dapat maklumat dari Prof Gugel yang oatmeal tu sangat bagus untuk kulit muka. Dia boleh meredakan iritasi kulit, kasi lembapan kat kulit, menghilangkan jerawat dan parutnya. El pun mencuba. Seriously rasa best sangat2. Heavennnn!! Kulit yang merah2 dah reda. Jerawat pun cepat reda. El pakai oat ni malam sebelum tido. Mula2 rasa ragu2 gak. Boleh ke oat ni cuci segala kekotoran yang ada dalam pori2 muka ni? Jawapan dia, boleh. El pakai oat tu 2 in 1. Mula2 el guna pati oat tu sapu kat muka macam pencuci muka, hampas oat tu sebagai skrub. El guna sikit je oat tu. Tak sampai 1 sudu makan. Kalau beli QuakerOat pek kecik pun boleh tahan lama. Tapi kalau el sekejap je. Sebab el makan buat breakfast. Ahahaha.



13.   Safi White Trilogy Kawalan Minyak dan Jerawat
El start pakai in January 2015. Tahun ni la kan. Sebab el serik pakai produk tempatan yang entah selamat atau tak tu. El tawakal je masa cuba safi ni. Sebelum beli el gugel pasal safi. So far komen positif. Paling best safi ni selamat n suci. Takde paraben. Takde alkohol. Paraben tu alkohol la kan. El ni pun la haiii  -____-‘ El dah check ingredients safi white trilogy kaler oren ni. So far takde bahan yang mencurigakan. I’m so gonna stick to this. In sha Allah. El pakai cleanser yang 2 in 1 tu. Dalam botol pump. Pencuci muka + toner sekali. Sebab el ni sangat pemalas nak pakai toner. Kalau pakai pun confirm tak konsisten. So ni penyelamat la. Then sekali sekala el guna skrub pencuci muka dia, yang dalam tube tu. And krim anti jerawat. So far so good! I loikeee!



14.   Floral Mask Lavender plus Collagen by Dian Pixy
Sekali sekala bila dah Nampak muka naik whitehead blackhead, el sapu mask purple ni kat muka. Then tarik bila dah kering. Maka tercabutlah segala head head yang ada. Memang puas hati! Mask ni sesuai untuk semua jenis kulit especially kulit sensitive and berjerawat. Kulit el pun ada time nya sensitive. Masa el mula2 nak try tu el takut sangat. Takut muka jadi gatal2, merah2 and naik jerawat. Masa el try mask hitam shiseido tu memang muka el merah, gatal and naik jerawat. 2,3x cuba pun still berlaku benda sama. Alhamdulillah, Floral Mask ni sesuai dengan kulit muka el. El suka!!



15.   Pati Ibu Putih Janna Lawwa
El pakai pati ibu putih ni sebagai krim siang el. El terpikat dengan pati ibu putih janna lawwa ni sebab dia ada kilang bertaraf GMP sendiri. Means dia buat and proses sendiri produk tu. Kedua, ada SPF yang tinggi. El tak ingat berapa. So dia agak pekat. Nama pun pati kan. El apply nipis je kat muka. Ketiga..No fragrance. So it is safe. Sebab kadang2 pengeluar produk ni bubuh kat ingredient tu ‘fragrance’ tapi hakikatnya bahan kimia lain dia bubuh dalam tu, yang boleh menyebabkan iritasi kat kulit. Be careful yeee.



16.   Nutox Makeup Remover
Seriously produk ni thorrrbaikkk! No paraben. No alcohol. No mineral oil. No fragrance. Dia dalam botol pump. Harga sekitar rm40++ kat Watson but I tell you ah it really worth it! Uols pump sikit atas tapak tangan, sapu kat muka guna jari. Sapu gerakan membulat. Then titiskan air sikit kat tapak tangan. Sapu kat muka. Gosok lembut. Oil tadi tu bila kena air dia jadi milky. Haa. Selain jadi makeup remover, dia jadi pencuci muka tau. Result dia, muka jadi lembap je. Macam moisturized. Produk ni tak menyebabkan iritasi apatah lagi menyebabkan jerawat bagi saya. Jadi saya bagi 5 stars!!!

Okay itu aje review produk kecantikan yang pernah el cuba. Note that, kesan berbeza mengikut individu. Cuma pesan el, janganlah mudah terpedaya dengan produk tempatan yang tak jelas kandungannya tu. Memang testimoni power, kesan drastic dan cepat tapi fikirlah bahan apa dia pakai sampai kesan secepat tu. Bukan nak bias or apa. Tapi sebab el dah terkena sendiri dan kawan2 el, orang terdekat ngan el pernah kena. Mula2 pakai cantik, once dah lama sikit muka jadi kebal. Tak boleh serap dah produk tu. Atau pun ada yang terskip sekejap. Ends up muka rosak. Ingatlah, kita ni ada 1 je muka. Kalau rosak dah takde ganti. Jadi take a serious precaution ye sisters!








p/s: El tengah ada misi nak amalkan bedak sejuk setiap malam. Dengar kata boleh haluskan kulit dan menyetelkan masalah jerawat. Nenek moyang kita dulu pakai pun memang semua cantik2 kan. And el ada plan nak selang selikan pencuci muka safi tu dengan oat. Also, nak pakai aloe vera gel kat muka. El dah aim yang 100% gel aloe vera ni from Fruit of the Earth. Kalau el dah try, el bagi review lagi k uols. Okay tata. Till we meet again. Sayonara!

Thursday, July 23, 2015

all about money money money

hai. el sini. 

raya baru nak masuk 2 minggu. ada yang dah kering duit ke? jaga-jaga yee. especially yang keje gomen tu. gaji dah advance. nanti bulan 8 baru dapat gaji lagi. lama tuuuuu. ramai yang dah start menggelabah sekarang ni memikiorkan duit yang makin hari makin nipis. tiap bulan benda yang sama terjadi. paling teruk time raya.

benda yang sama berlaku pada el. el pun risau jugak ni cukup ke tak gaji ni. el tak risau bab belanja apa semua sebab dari apa yang el kira-kira untuk belanja, gaji tu cukup je. yang el risau duit nak saving tu takde. banyak el kena save money. al maklumlah el baru je start 'hidup' lepas habis study tahun lepas. jadinya banyak goals, kawen, rumah, tanah, kereta, simpanan waktu tua, simpanan kecemasan, simpanan anak-anak, insuran etc. kalau el listkan satu-satu mau muntah gak ni orang membacanya. el pun dah pening-pening dah ni. hadoi. hahaha.

 so el nak share sikit tips yang el penah baca dulu. mana yang el ingatlah ye. yang tak ingat tu nak buat camne. haha. so tips ke arah pengurusan wang yang lebih baik. cekidautttt

1. simpan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji setiap bulan. 
benda ni perkara pertama yang kita kena buat. dapat gaji je terus asingkan 10% ni. so kalau gaji tu rm2000 sebulan, 10% maknanya rm200 la. duit ni untuk dilupakan. bukan letak rata-rata then lupa k. tapi simpan kat bank, jangan sentuh, jangan jeling, tengok atau sebagainya. anggap ia tak wujud.

2. buat simpanan 3 bulan gaji.
jadi kalau gaji 2k, simpan 6k. ni wang kecemasan kita. andai kata berlaku sesuatu macam diberhentikan kerja contohnya, duit tu kita boleh guna untuk tampung hidup sekeluarga sementara dapat kerja baru. untuk bakal pengantin, sila ambil perhatian hal ni okay. jangan berhabis time majlis, lepas majlis makan megi. hmm.

3. beli bila perlu
ambil masa bila nak beli sesuatu. kalau kita nakkan sesuatu mesti time tu jugak nak pegi beli kan? no no no. salah tu. bila kita rasa nak beli sesuatu yang bukan keperluan harian (beras, ikan, ayam etc) please HOLD dulu niat tu. bagi masa berfikir untuk diri sendiri dalam 2 minggu - 1 bulan. biasanya bila dah hold lama, kita akan sedar sebenarnya yang benda tu kita tak perlu pun. and kita end up tak beli. kat situ lah kita boleh save duit sebenarnya. benda ni berdasarkan pengalaman el sendiri. el penah hold nak beli barang tu sampai setahun lebih. el nak benda tu dari jan 2014, now dah julai 2015. hehehehe

4. luang masa buat survey
jangan malas. buat survey. masuk beberapa kedai, bandingkan harga, baru beli. 

5. simpan resit
el suka simpan resit. semuanyaaaa. dari resit barang, resit bank, tiket wayang (fav collection), kad topup dan sebagainya. dari situ el boleh nampak berapa banyak el habiskan tiap bulan. el penah kumpul kad topup bagi beberapa bulan saje dah rm400++ omg! lepas tu el dah slow down sikit topup2 ni. nampak tak implikasi positif simpan resit ni? lagi satu, kalau barang kita beli tu rosak, boleh claim balik atau tukar baru. kalau tak, burn aje kat situ. so simpanlah resit anda yeee ;p

6. buat aliran tunai yang masuk dan keluar
tak payah belajar akaun pun boleh buat. el beli buku lejer, el tulis gaji masuk + pendapatan lain (kalau ada) tu berapa. then setiap kali el beli barang, el akan rekod berapa banyak duit yang keluar tu. even benda simple pun el rekod. kat sini boleh nampak lebih jelas kat mana duit el hilang. takdelah nanti tak tau ke mana duit tu pegi kan. buat tiap hari supaya tak terasa susah sangat. lepas beli barang je, balik rumah, bukak buku lejer, tulis. 

7. belanja bawah kemampuan
belanja bawah kemampuan ekonomi kita. jangan belanja lebih atau cukup2 ikut kemampuan ekonomi kita. contoh nak beli kereta. walaupun gaji kita membolehkan kita buat loan setinggi 80k, janganlah buat. sebab nak bayar bulan2 nanti sakit woi. bayar kereta, rumah, barang dapur, lampin anak, minyak kereta, etc. tiap-tiap bulan takde duit saving. then, tup tup, ada kecemasan yang memerlukan duit. mana nak cekau duit lagi? meminjam lagi? ibarat tutup lubang A. terbuat lubang B. tutup lubang B, terkorek lubang C. di mana penghujungnya? 

okaylah. nanti el sambung. penat pulak. hehehe

Wednesday, July 22, 2015

di sini aku berdiri

hai.. here i go again. nak membebel lak kat sini.

sepanjang aku meninggalkan blog ni, banyak benda dah berlaku kat aku. pahit manis masam masin kelat payau semua ada lah. pokoknya semua merubah diri aku menjadi aku yang sekarang. kalau korang duduk sejenak, fikir balik life yang korang dah tempuh selama ni mesti korang akan perasan sesuatu yang selama ni kita selalu cakap, tapi jarang hadam dalam otak betul2, dalam hati betul2. iaitu, "setiap detik dalam hidup kita ni adalah berharga. apa yang kita buat today akan affect hari esok dan seterusnya". oh btw korang masih ingat poem "the road is not taken"?? aku kagum sangat sebab apa yang si penulis tu cakap memang betul. agree 100%.

okay.. nak cite sikit..

lepas aku habis study kat universiti dulu, merata2 aku cari keje. ecehhh.. takdelah sangat sebenarnya sebab aku ni ada konflik dalaman. aku amek kos english tapi aku tak suka mengajar. bidang korporat benda2 executive ni aku tak reti sangat. aku mintak position camtu pun direject je. so aku kejelah kilang, keje jual kuih, keje menulis, keje kedai roti dan macam2 lagi. banyak gak keje ordinary yang most degree holder takkan pandang, apa lagi nak buat. aku sanggup buat sebab benda tu pengalaman. dan aku berpegang pada prinsip, "orang yang pernah hidup susah tu made a better person". dan prinsip ni gak aku guna untuk cari calon, teman sepanjang hayat aku nanti. In Shaa Allah :)

dan yang pahit akan manis jua akhirnya. yang masam akan manis di penghujungnya. macam buah la. dari kelat bertukar masam, bertukar manis. haa gittewww. macam tu gak aku. dulu keje a bit susah. Alhamdulillah, Allah itu Maha Penyayang Maha Pemurah. now dah senang sikit. apa yang penting sekali bukan usaha tapi niat kita. niat kita baik, Allah akan tolong. kalau niat tak baik, usaha macam mana keras pun, susah nak dapat, kalau dapat gak tu, mungkin ujian Allah nak bagi kat dia.

Hurm tak tau nak celoteh apa lagi. kalau aku ada idea lagi aku tulis tulis lagi yeee...

p/s: rasa macam tak best lak bahasakan diri 'aku' kat sini. nak pakai 'saya' macam formal sangat. so address me as 'el' la. hee peace!!!


Tuesday, June 30, 2015

entah kenapa tah harini

Hai... aku datang lagi. Today dah ramadhan ke 13. Weehuu.. Da nak raya. Actually nya aku ni tak suka raya tapi bila dapat cuti 3 hari je, jumaat sabtu ahad macam terkedu gak lah. Nasib 1 syawal tu jumaat. Kalau isnin? Tak ke rabu khamis jumaat da kena keje. Lagi sadis.

Anyway, bukan tu yang buat aku sedih. Ada benda lain iaitu PJJ. Jujur aku cakap PJJ takde yang senang. PJJ (Percintaan Jarak Jauh) *ketawa keluar air mata* dah, aku nak merepek tu je. Hahaha kbai.

Friday, May 22, 2015

Bila kisah lama memunculkan diri

Hai. Sebenarnya aku dah lama sangat cari blog ni. Dulu tujuan aku buat blog ni sebab:

1) terikut kawan
2) lepas geram
3) aku tak suka diari buku.
4) lain2 yang berkenaan

Tapi malam ni aku jumpa balik. Thanks to sahabat baik bintang yang terjumpa benda ni.aku ada mention nama dia kat post 1st aku. Dia entah macam mana terrrrgoogle nama dia sendiri and terjumpa la blog aku ni balik.

Overall aku tak happy jumpa blog ni balik sebab nampak sangat ketidakmatangan aku di sini ye. Haihh. Forget it la. Sedangkan pantai boleh berubH, inikan pulak hati manusia. Biarlah sesuai ke tak peribahasa tu. Aku dah tak boleh fikir. Hahaha. Okay whatever. Lepas ni kalau aku nak mempost kat blog pun aku hurmmm tengok moodlah. Eh bukan apa. Jadi wanita bekerjaya ni susah. Busy sokmo. :p kbai.

This is 2015 yo!

Oh btw, aku dah dapat balik si dia yang aku nak dulu tu. Tapi tak taulah kalau lepas dia tau perangai aku yang dulu dia nak cabut lari kan. Hurm. Kbai.

Monday, May 16, 2011

sogo oh sogo

hm. da lama tak update blog aku ni. recently busy keje la. macam2 jadi kot mase aku keje. yang kelaka ade, memalukan ade, membengangkan pon ade. lumrah dunia la kan? hehe. mula2 aku datang sogo hari rabu lepas sebab nak mintak keje as promoter. tapi aku jalan2 dalam sogo uh tibe2 ternampak lak cashier2 yang aku kenal. borak2 ngan dorang, dorang suruh aku ambik keje untuk sale 4 hari. then aku pon pegi la interview hari tu jugak. datang2 interview, aku tanya la kat manager kat situ. aku cakap aku nak keje untuk sale 4 hari tu. dia tanya aku penah ke keje kt sogo dulu sebab die macam penah nampak. aku cakap la penah beberape kali part time. die tak cakap banyak, die terus suruh aku masuk keje n tak payah isi borang da. hee. bangge je aku :P

sale kat tingkat 7. first day keje dapat kat area pinggan mangkuk. hado. lemah tol aku nak balut2 pinggan mangkuk pakai kertas. customer nak cepat je tapi tak pikir die punye pinggan mangkuk sampai berbakul2. gilew ape! dah tu dapat cashier india, laki. asik2 sedut hingus. selambe je depan customer. customer da len macam da muke. da uh bile scan barang asik salah je. dah satu hal nak panggil leader untuk cancel scan.

second day dapat main counter. peh, tak leh rest ouh. nak duduk pon tak leh coz leaders ade. customer berbaris panjang. nak2 plak ari jumaat. ladies kua shopping time men tengah solat jumaat. well, kalau da ladie kua shopping paham2 la banyak mane barang2. haha

third day dapat lagi kat area pinggan mangkuk. tapi oke la kali ni sebab counter aku tak ramai orang sebab cashier counter aku suke merayau. aku suke! haha. keje aku jap2 duduk. lenguh ouh. depan leader p[on aku duduk jugak sebab akak cashier pon selambe je duduk. hehe.

last day dapat kat tempat bantal, bed sheet n comforter. finally dapat jugak tempat ni. last day plak, customer tak ramai but then dorang beli banyak. macam nak beli untuk satu sekolah punye comforter. seb bek partner aku laki. comey lak tuh. tapi aku tak tahu name die. segan aku nak tanye. haha. kat sebelah counter aku ade lak brand bed sheet. then promoter uh nyah taw. rambut cantik kalah model shampu, mekap tebal, tinggi, siap ade breast lagi. pastu keje die dok kacau partner aku je. jap2 panggil comey, jap2 panggil handsome. aku tengok partner aku senyum je, mesti die da geli geleman. makcik2 yang lalu kat sebelah da bisik2, aku tengok gerak bibir die cakap "lembut" pastu makcik uh senyum je. haha. macam2 la.

semalam aku pegi sogo lagi sebab nak pulangkan punch card, sekali jumpe member aku n cari keje lagi. mase tengah jalan2 ngan member, then terjumpe lak member 2 orang kt tengah jalan. peh, kantoi! dorang da ingat tu balak aku. adeh. takpe la. bukan dorang kenal pon. hehe. then dalam kul 2 aku alek hostel. balik2 terus demam. 1 hari aku tido. demam gare2 minum ais. haish. orang lain minum ais hari2 rilek je, makin sihat. aku minum baru 3x da demam. ape daa,

overall, this week best jugak la walaupon penat. n duit aku banyak habis. aku tak tahu macam mane leh terlebih bajet. hadoy. kene wat backup pasni. rasenye tu je. len kali aku coret2 lagi.