Sunday, October 25, 2015

Review produk kecantikan 2015.


Hai chuolss!! Ahaha. Dah nak habis tahun 2015 baru el nak share pasal review produk kecantikan ni. Entah macam mana sejak 2, 3 menjak ni el rajin lak menggugel pasal produk kecantikan. Maybe sebab el freak out sebab jerawat tumbuh lagi atas muka el. Halaaahhhh. So kat post ni sesaje je nak share produk yang pernah el cuba seumur hidup el (ecehh ayatt…)



1.       Fair & Lovely
Ni el cuba masa el tingkatan 2 kot. Dulu kulit el boleh tahan la gelap. Masa muda2 suka main panas. Dah tua2 ni je baru ada kesedaran yang exposure to cahaya matahari lelebih tu tak elok. Hahaha. So far, pakai cleanser Fair & Lovely ni kulit el cerah la sikit. El suka sebab dia wangi and lembut je lepas pakai.




2.       Clean & Clear
Yang ni pun best. Jenis kulit el oily dulu. Bila pakai ni, tak la rasa oily sangat, kulit rasa bersih, and kering sikit2 tu ada bila el over cuci. Means cuci lebih dari 2x sehari (freakssss! Hahaha). El pakai yang basic punya. Pencuci muka kaler oren, toner biru. Moisturizer el tak suka pakai sebab bau dia lain macam. Wangi sangat. El tak tahan. El pakai clean & clear ni lama gak dari umur 15 or 16 camtu sampai el umur 19. Then el tukar produk lagi. Hahahaha



3.       Oxy
El pakai oxy pun sebab el punya pencuci muka clean & clear habis. Masa tu terdesak sangat nak cuci muka. G carik kat kedai, clean & clear takde. Yang ada cuma oxy. So rembat jela oxy. Sebab masa tu terfikir, dua2 function sama je, untuk muka oily and acne prone. Mokcik pun redah lerr. Masa pakai tu muka dah terasa tegang n pedih2. El biar je. Teruskan pakai. Sampailah satu tahap, jerawat kecik2 naik atas dahi. Pastu merebak satu muka. Halaahhhh. Sedih sangat masa tu.



4.       Syahirah
Lepas muka naik jerawat penuh satu muka tu, kawan el rekemen pakai syahirah. El pun try la. El cuba satu set dengan harapan kulit el pulih balik sebab ingredients syahirah Nampak macam mild to skin. Tapi… sebaliknya berlaku. Breakouts lagi banyaakk. Sampai el masuk 1 kedai ni, ada budak nursing sekali dalam tu. Dia cakap kat kawan dia, “ee kalau parut jerawat merah2 macam tu alamatnya lambat la nak hilang.” Lebih kurang camtu la. Dik non, mokcik tau ler awak tu lawa, flawless, tapi toksah la menghina orang lain. Kena kat diri sendiri baru hang tau. So mokcik keluar kedai dengan hati patah seribu. Huwaaaaaa



5.       Avon Clear Skin
Selepas penghinaan sedemikian rupa (ecehh) el kembali menggunakan clean & clear tapi tak lut dah kat kulit el. Maybe sebab yang sebelum2 ni tu dose dia lebih tinggi, so C&C dah tak lut. El bertukar pada Avon lak. Pencuci muka tube kaler putih. Kalini muka el improves gak la. Jerawat kecik2 merah2 tu hilang sikit sikit. Tapi el perasan kulit el macam menipis. El tanya kawan el yang pakai Avon jugak, Dia cakap dia pun rasa macam tu. So both of us stop pakai. Seram pulak haaaaa. Dia punya saliyclic acid 2.0. which is tinggi jugaklah.



6.       Eumora
El terjumpa Eumora ni masa el kat U. Ada a group of Chinese datang U el promote benda ni. El amek masa sebelum decide nak try. Almost a year gak. Bila muka el jadi irritated sebab pakai Avon, el call this one Chinese lady, asked her about Eumora. Masa tu el terus beli kat dia. One box, ada 4 bars. Each bar cost me RM90. Habis duit gaji el sebulan keje kedai hmm. Tapi el nekad nak try sebab masa demo dulu, memang product ni power. Produk ni guna microalgae yang susah nak jumpa and harga dia mahal. Chinese lady ni buihkan sabun tu, bubuh kat sebelah muka el. Sebelah lagi tak. Dalam 3 min, dia tighten skin pores. Nampak beza ketara belah yang pakai dengan tak pakai. So dengan itu, el pun pakai la Eumora. El beli da pakai habis 4 box. Then el stop bila muka jadi kering bila dah lama2 pakai. Plus el malas nak join direct selling dia. Hihihihhi



7.       Tia Amelia
Bila el nampak muka kawan el tetiba licin, el tanya dia produk apa. Dia cakap Tia Amelia. Wahh.. Rasa nak cuba gak. Tapi macam biasa. Sebelum el cuba, el memang akan buat research kat google and tanya sape yang penah pakai. So far, positive comments je el dapat. Then el try la. Complete set el amek. Masa mula pakai sabun pencuci dia, muka el pedih and gatal2. El biarkan je, el tahan, tak garu muka tu. Lepas seminggu dah tak rasa gatal. Btw.. Krim kunyit dia powerrr. Sekejap je dia kasi sapu sama jerawat siap dengan parut2nye sekali. Krim kunyit ni kena pakai selang seli dengan krim malam. Malam ni krim malam, malam esok krim kunyit. Bila muka el dah okay sikit, el pun jadi malas. Ada la gak skip2 pakai. And secara tetiba, el perasan muka el jadi oily sangat2, pehtu jerawat naik besar2. Oh my GOD!



8.       Stemcell Serum & Diamond Serum
Serum botol kecik ni start fofulerr tahun 2013. Memang trending la. Ramai mencuba and hasilnya rata2 superb. Muka tegang, tak berkedut, jerawat hilang dengan parut2 sekali. El pun mencuba gak dua2 serum ni from Mai Amy. El beli 1 kotak, ada 12. El share dengan kawan el. Mula2 pakai, rasa best je. Dalam 3 hari nampak dah kesan. Bila serum dah nak habis, el berkira2, nak teruskan or camne. Masa tu, el ada try Aiken Tea Tree Toner. Ya ampun… muka el oily sangat2, berkilat. Then breakouts balik. El cepat2 buang toner tu. Masa tu serum el dah nak habis. El berkira2 nak beli lagi serum tu or stop terus. Entah macam mana, el terjumpa artikel pasal merkuri dalam produk kecantikan. Ciri2 produk ada merkuri adalah produk tu berkilau (shine bright like a diamond serum!), kesan cepat and bila apply kat muka, muka pun berkilau. Ciri2 tu memang ada kat serum tersebut. Aduduhhhh.. El stop and buang serum tu. Haish..



9.       Sabun susu beras by K-Brothers
El try atas recommendation kakak ipar el. So far, masa pakai sabun beras ni muka el calm sikit. El suka!!! Bau dia wangi pastu lembut je kat kulit. Muka rasa tegang lepas cuci muka. Yela, nama pun diperbuat daripada beras. Memanglah untuk menegangkan muka. El takde masalah bila guna sabun susu beras ni. Yang jadi masalah bila el tetiba try cara semulajadi nak membasmi jerawat dan menghilangkan parut jerawat ni. Cekidaut el buat apaaaa.



10.   Kayu manis + madu
Haa ni la yang el buat. Memang cari pasal.  El kikis kayu manis tu jadi serbuk, then campur madu sikit, tempek kat muka sampai esok pagi. Cukup seminggu el pakai, muka el jadi merah, dan pedih. Padan muka.



11.   MZ Secret Soap
El try sabun ni lama. Dari akhir tahun 2013 tak silap, sampai Januari 2015. El setia pakai sabun ni sebab memang sabun ni bagus. Kesan dia lambat sikit la tapi it’s okay. Kalau kesan cepat sangat ada something wrong la tu. Biasanya kadar chemical tinggi. Masa mula pakai MZ ni memang muka el teruk. Merah2 and breakouts sebab el pakai kayu manis + madu tu. Tak sesuai ngan kulit el or sebab el pakai lama sangat, bawak tido bagai, or sebab el overdose kayu manis. Yela, kayu manis kan panas. Hasil el pakai sabun MZ, muka el improves.

Dalam masa yang sama el ada consume supplemen Perla Coffee. El borong sampai 10 kotak. Hahaha. El sebenarnya bukan tahan sangat caffeine ni tapi nak cantik punya pasal kann.. Perla Coffee ni berkesan. Hari2 el belek muka, betul2 nak perati perubahan kat kulit muka (againnn freaksss! Hahaha). Kesan dia, jerawat pulih sedikit demi sedikit, kulit kurang berminyak, rasa bertenaga je bila buat kerja. Dulu el kerja taska, then malam buat kelas tuisyen. Haaa.. Memang perlukan banyak tenaga. Bila stok Perla Coffee habis, el tukar. Consume dewy yang Zila Bakarin pakai tu. Best-best! El pun acah-acah gebus macam Zila Bakarin gak time tu. Hahaha.

Dalam masih menggunakan sabun MZ, el bertukar lagi. Haa. Bertukar supplemen kepada Ibu Putih Collagen Drink. Harga mampu milik. 1 jar tahan sebulan. Perisa coklat. Sangat sedap hokeyh. Rasa nak cedok pakai sudu, makan gitu je. Kesan dia pun memberangsangkan gak. Alhamdulillah. Dia pakai marine collagen, satu bahan yang sangat berkesan dalam membaikpulih kerosakan kulit. Ada bahan2 lain lagi. Uols boleh gugel tengok sendiri. El bagi 4 ½ bintang!



12.   Oatmeal
El ada cuba pakai oatmeal as cleanser. Sebab masa tu entah macam mana muka el naik jerawat. Maybe sebab stress ngan kerja, pastu rumah el duduk time tu betul2 sebelah jalan raya. Habuk2 semua masuk rumah. Time ni el perasan el dah terkena resdung. Bila bangun pagi je rasa ada lendir kat rongga mulut n hidung. Huwaaa. So el dapat maklumat dari Prof Gugel yang oatmeal tu sangat bagus untuk kulit muka. Dia boleh meredakan iritasi kulit, kasi lembapan kat kulit, menghilangkan jerawat dan parutnya. El pun mencuba. Seriously rasa best sangat2. Heavennnn!! Kulit yang merah2 dah reda. Jerawat pun cepat reda. El pakai oat ni malam sebelum tido. Mula2 rasa ragu2 gak. Boleh ke oat ni cuci segala kekotoran yang ada dalam pori2 muka ni? Jawapan dia, boleh. El pakai oat tu 2 in 1. Mula2 el guna pati oat tu sapu kat muka macam pencuci muka, hampas oat tu sebagai skrub. El guna sikit je oat tu. Tak sampai 1 sudu makan. Kalau beli QuakerOat pek kecik pun boleh tahan lama. Tapi kalau el sekejap je. Sebab el makan buat breakfast. Ahahaha.



13.   Safi White Trilogy Kawalan Minyak dan Jerawat
El start pakai in January 2015. Tahun ni la kan. Sebab el serik pakai produk tempatan yang entah selamat atau tak tu. El tawakal je masa cuba safi ni. Sebelum beli el gugel pasal safi. So far komen positif. Paling best safi ni selamat n suci. Takde paraben. Takde alkohol. Paraben tu alkohol la kan. El ni pun la haiii  -____-‘ El dah check ingredients safi white trilogy kaler oren ni. So far takde bahan yang mencurigakan. I’m so gonna stick to this. In sha Allah. El pakai cleanser yang 2 in 1 tu. Dalam botol pump. Pencuci muka + toner sekali. Sebab el ni sangat pemalas nak pakai toner. Kalau pakai pun confirm tak konsisten. So ni penyelamat la. Then sekali sekala el guna skrub pencuci muka dia, yang dalam tube tu. And krim anti jerawat. So far so good! I loikeee!



14.   Floral Mask Lavender plus Collagen by Dian Pixy
Sekali sekala bila dah Nampak muka naik whitehead blackhead, el sapu mask purple ni kat muka. Then tarik bila dah kering. Maka tercabutlah segala head head yang ada. Memang puas hati! Mask ni sesuai untuk semua jenis kulit especially kulit sensitive and berjerawat. Kulit el pun ada time nya sensitive. Masa el mula2 nak try tu el takut sangat. Takut muka jadi gatal2, merah2 and naik jerawat. Masa el try mask hitam shiseido tu memang muka el merah, gatal and naik jerawat. 2,3x cuba pun still berlaku benda sama. Alhamdulillah, Floral Mask ni sesuai dengan kulit muka el. El suka!!



15.   Pati Ibu Putih Janna Lawwa
El pakai pati ibu putih ni sebagai krim siang el. El terpikat dengan pati ibu putih janna lawwa ni sebab dia ada kilang bertaraf GMP sendiri. Means dia buat and proses sendiri produk tu. Kedua, ada SPF yang tinggi. El tak ingat berapa. So dia agak pekat. Nama pun pati kan. El apply nipis je kat muka. Ketiga..No fragrance. So it is safe. Sebab kadang2 pengeluar produk ni bubuh kat ingredient tu ‘fragrance’ tapi hakikatnya bahan kimia lain dia bubuh dalam tu, yang boleh menyebabkan iritasi kat kulit. Be careful yeee.



16.   Nutox Makeup Remover
Seriously produk ni thorrrbaikkk! No paraben. No alcohol. No mineral oil. No fragrance. Dia dalam botol pump. Harga sekitar rm40++ kat Watson but I tell you ah it really worth it! Uols pump sikit atas tapak tangan, sapu kat muka guna jari. Sapu gerakan membulat. Then titiskan air sikit kat tapak tangan. Sapu kat muka. Gosok lembut. Oil tadi tu bila kena air dia jadi milky. Haa. Selain jadi makeup remover, dia jadi pencuci muka tau. Result dia, muka jadi lembap je. Macam moisturized. Produk ni tak menyebabkan iritasi apatah lagi menyebabkan jerawat bagi saya. Jadi saya bagi 5 stars!!!

Okay itu aje review produk kecantikan yang pernah el cuba. Note that, kesan berbeza mengikut individu. Cuma pesan el, janganlah mudah terpedaya dengan produk tempatan yang tak jelas kandungannya tu. Memang testimoni power, kesan drastic dan cepat tapi fikirlah bahan apa dia pakai sampai kesan secepat tu. Bukan nak bias or apa. Tapi sebab el dah terkena sendiri dan kawan2 el, orang terdekat ngan el pernah kena. Mula2 pakai cantik, once dah lama sikit muka jadi kebal. Tak boleh serap dah produk tu. Atau pun ada yang terskip sekejap. Ends up muka rosak. Ingatlah, kita ni ada 1 je muka. Kalau rosak dah takde ganti. Jadi take a serious precaution ye sisters!








p/s: El tengah ada misi nak amalkan bedak sejuk setiap malam. Dengar kata boleh haluskan kulit dan menyetelkan masalah jerawat. Nenek moyang kita dulu pakai pun memang semua cantik2 kan. And el ada plan nak selang selikan pencuci muka safi tu dengan oat. Also, nak pakai aloe vera gel kat muka. El dah aim yang 100% gel aloe vera ni from Fruit of the Earth. Kalau el dah try, el bagi review lagi k uols. Okay tata. Till we meet again. Sayonara!