Wednesday, July 22, 2015

di sini aku berdiri

hai.. here i go again. nak membebel lak kat sini.

sepanjang aku meninggalkan blog ni, banyak benda dah berlaku kat aku. pahit manis masam masin kelat payau semua ada lah. pokoknya semua merubah diri aku menjadi aku yang sekarang. kalau korang duduk sejenak, fikir balik life yang korang dah tempuh selama ni mesti korang akan perasan sesuatu yang selama ni kita selalu cakap, tapi jarang hadam dalam otak betul2, dalam hati betul2. iaitu, "setiap detik dalam hidup kita ni adalah berharga. apa yang kita buat today akan affect hari esok dan seterusnya". oh btw korang masih ingat poem "the road is not taken"?? aku kagum sangat sebab apa yang si penulis tu cakap memang betul. agree 100%.

okay.. nak cite sikit..

lepas aku habis study kat universiti dulu, merata2 aku cari keje. ecehhh.. takdelah sangat sebenarnya sebab aku ni ada konflik dalaman. aku amek kos english tapi aku tak suka mengajar. bidang korporat benda2 executive ni aku tak reti sangat. aku mintak position camtu pun direject je. so aku kejelah kilang, keje jual kuih, keje menulis, keje kedai roti dan macam2 lagi. banyak gak keje ordinary yang most degree holder takkan pandang, apa lagi nak buat. aku sanggup buat sebab benda tu pengalaman. dan aku berpegang pada prinsip, "orang yang pernah hidup susah tu made a better person". dan prinsip ni gak aku guna untuk cari calon, teman sepanjang hayat aku nanti. In Shaa Allah :)

dan yang pahit akan manis jua akhirnya. yang masam akan manis di penghujungnya. macam buah la. dari kelat bertukar masam, bertukar manis. haa gittewww. macam tu gak aku. dulu keje a bit susah. Alhamdulillah, Allah itu Maha Penyayang Maha Pemurah. now dah senang sikit. apa yang penting sekali bukan usaha tapi niat kita. niat kita baik, Allah akan tolong. kalau niat tak baik, usaha macam mana keras pun, susah nak dapat, kalau dapat gak tu, mungkin ujian Allah nak bagi kat dia.

Hurm tak tau nak celoteh apa lagi. kalau aku ada idea lagi aku tulis tulis lagi yeee...

p/s: rasa macam tak best lak bahasakan diri 'aku' kat sini. nak pakai 'saya' macam formal sangat. so address me as 'el' la. hee peace!!!


Tuesday, June 30, 2015

entah kenapa tah harini

Hai... aku datang lagi. Today dah ramadhan ke 13. Weehuu.. Da nak raya. Actually nya aku ni tak suka raya tapi bila dapat cuti 3 hari je, jumaat sabtu ahad macam terkedu gak lah. Nasib 1 syawal tu jumaat. Kalau isnin? Tak ke rabu khamis jumaat da kena keje. Lagi sadis.

Anyway, bukan tu yang buat aku sedih. Ada benda lain iaitu PJJ. Jujur aku cakap PJJ takde yang senang. PJJ (Percintaan Jarak Jauh) *ketawa keluar air mata* dah, aku nak merepek tu je. Hahaha kbai.

Friday, May 22, 2015

Bila kisah lama memunculkan diri

Hai. Sebenarnya aku dah lama sangat cari blog ni. Dulu tujuan aku buat blog ni sebab:

1) terikut kawan
2) lepas geram
3) aku tak suka diari buku.
4) lain2 yang berkenaan

Tapi malam ni aku jumpa balik. Thanks to sahabat baik bintang yang terjumpa benda ni.aku ada mention nama dia kat post 1st aku. Dia entah macam mana terrrrgoogle nama dia sendiri and terjumpa la blog aku ni balik.

Overall aku tak happy jumpa blog ni balik sebab nampak sangat ketidakmatangan aku di sini ye. Haihh. Forget it la. Sedangkan pantai boleh berubH, inikan pulak hati manusia. Biarlah sesuai ke tak peribahasa tu. Aku dah tak boleh fikir. Hahaha. Okay whatever. Lepas ni kalau aku nak mempost kat blog pun aku hurmmm tengok moodlah. Eh bukan apa. Jadi wanita bekerjaya ni susah. Busy sokmo. :p kbai.

This is 2015 yo!

Oh btw, aku dah dapat balik si dia yang aku nak dulu tu. Tapi tak taulah kalau lepas dia tau perangai aku yang dulu dia nak cabut lari kan. Hurm. Kbai.

Monday, May 16, 2011

sogo oh sogo

hm. da lama tak update blog aku ni. recently busy keje la. macam2 jadi kot mase aku keje. yang kelaka ade, memalukan ade, membengangkan pon ade. lumrah dunia la kan? hehe. mula2 aku datang sogo hari rabu lepas sebab nak mintak keje as promoter. tapi aku jalan2 dalam sogo uh tibe2 ternampak lak cashier2 yang aku kenal. borak2 ngan dorang, dorang suruh aku ambik keje untuk sale 4 hari. then aku pon pegi la interview hari tu jugak. datang2 interview, aku tanya la kat manager kat situ. aku cakap aku nak keje untuk sale 4 hari tu. dia tanya aku penah ke keje kt sogo dulu sebab die macam penah nampak. aku cakap la penah beberape kali part time. die tak cakap banyak, die terus suruh aku masuk keje n tak payah isi borang da. hee. bangge je aku :P

sale kat tingkat 7. first day keje dapat kat area pinggan mangkuk. hado. lemah tol aku nak balut2 pinggan mangkuk pakai kertas. customer nak cepat je tapi tak pikir die punye pinggan mangkuk sampai berbakul2. gilew ape! dah tu dapat cashier india, laki. asik2 sedut hingus. selambe je depan customer. customer da len macam da muke. da uh bile scan barang asik salah je. dah satu hal nak panggil leader untuk cancel scan.

second day dapat main counter. peh, tak leh rest ouh. nak duduk pon tak leh coz leaders ade. customer berbaris panjang. nak2 plak ari jumaat. ladies kua shopping time men tengah solat jumaat. well, kalau da ladie kua shopping paham2 la banyak mane barang2. haha

third day dapat lagi kat area pinggan mangkuk. tapi oke la kali ni sebab counter aku tak ramai orang sebab cashier counter aku suke merayau. aku suke! haha. keje aku jap2 duduk. lenguh ouh. depan leader p[on aku duduk jugak sebab akak cashier pon selambe je duduk. hehe.

last day dapat kat tempat bantal, bed sheet n comforter. finally dapat jugak tempat ni. last day plak, customer tak ramai but then dorang beli banyak. macam nak beli untuk satu sekolah punye comforter. seb bek partner aku laki. comey lak tuh. tapi aku tak tahu name die. segan aku nak tanye. haha. kat sebelah counter aku ade lak brand bed sheet. then promoter uh nyah taw. rambut cantik kalah model shampu, mekap tebal, tinggi, siap ade breast lagi. pastu keje die dok kacau partner aku je. jap2 panggil comey, jap2 panggil handsome. aku tengok partner aku senyum je, mesti die da geli geleman. makcik2 yang lalu kat sebelah da bisik2, aku tengok gerak bibir die cakap "lembut" pastu makcik uh senyum je. haha. macam2 la.

semalam aku pegi sogo lagi sebab nak pulangkan punch card, sekali jumpe member aku n cari keje lagi. mase tengah jalan2 ngan member, then terjumpe lak member 2 orang kt tengah jalan. peh, kantoi! dorang da ingat tu balak aku. adeh. takpe la. bukan dorang kenal pon. hehe. then dalam kul 2 aku alek hostel. balik2 terus demam. 1 hari aku tido. demam gare2 minum ais. haish. orang lain minum ais hari2 rilek je, makin sihat. aku minum baru 3x da demam. ape daa,

overall, this week best jugak la walaupon penat. n duit aku banyak habis. aku tak tahu macam mane leh terlebih bajet. hadoy. kene wat backup pasni. rasenye tu je. len kali aku coret2 lagi.

Sunday, May 8, 2011

sedut udara baru

salam. new sem new aim, new mission. bilik pon baru. tak nak lagi tinggi kan? dapat tingkat 4. tapi nyaman gak. leh tengok orang kat bawah n mahalah sebelah haha. semalam dok angkot barang2 naik, ade la 3x turun naik tingkat 4. peh. sakit badan. hmm. flashback jap. sem lepas tak dapat reach target. adeh. takpe2, sem ni cube lagi. harus bersemangat! deanlist, here i come! hehe. oke sem ni nak ambik poltical science, bahasa melayu kerjaya and tilawah kot. tak leh ambik berat2 sangat, t kepale pon berat. hehe. pape pon, gud luck to myself n also my friends. ;) esok setel add subjek manual.

Thursday, March 3, 2011

ingatkan kamu kisah kita

let me be unknown. so that everybody wouldn't know who's me, what am i doing right know, what's inside my head... 

sometimes you are alone in a crowd. sometimes u feel the crowd when u are alone. feeling like u can't breath. that's what i feel know. everything is mixed up, turned upside down. feeling that the earth has no gravity anymore. why am i like this? i miss u..

i wrote a poem for u. a short one and hanging. i'll add what is necessary later. it's in malay. i wrote this on 22/2/2011 at 12:17AM


tolong
dengarkan 
aku untuk
kali ini : 
bila aku sunyi
tinggalkan aku sendiri , bila aku sedih
biar aku menangis
bila aku gembira
buat aku ketawa
buat semuanya
sementara aku masih ada
sementara aku masih di mata
sementara bibir ini boleh menutur kata
sementara suara ku masih terngiang di telinga
sementara jari jemari ini masih  boleh kau genggam
sementara kaki ini masih boleh melangkah ke arah mu
saat          itu
aku n       anti
enta       h bila 
kan t     erjadi   
saat        dikau
kem          bali  


Saturday, January 1, 2011

~ambillah tiga karakter ini~

ustazah aku pernah cakap, kalau nak pilih bakal teman lelaki or suami, teliti dan kaji tentang dirinya. bukan setakat tahu tentang asal usul dia, tarikh lahir, bilangan adik beradik, makanan dan minuman kegemaran tapi ketahuilah juga bagaimana hubungannya dengan orang lain.

macam mana hubungan dia dengan mak dia? baik ke tak? or dia suka melawan cakap mak dia, kasar dengan mak dia? mak dia nasihat, dia tak nak dengar. atau pun asal mak dia mintak duit belanja rumah untuk bulan ni, dia dah bising bising. kalau bagi pun tak ikhlas. bila suruh balik kampung jenguk mak, macam macam alasan dia bagi. busy la, takde cuti la. macam tu ke?

camne plak hubungan dia dengan ayah dia? rapat ke tak? ke tak boleh bertembung muka? asal bertembung je mesti nak gaduh. bergaduh bukan takat bertikam lidah je. kadang kadang naik kaki tangan lagi. ayah dia dia wat macam musuh. padahal dulu mase kecik bukan main manja lagi dengan ayah dia. macam tu ke hubungan dia dengan ayah dia?

lagi satu, tengok plak kat hubungan dia dengan adik beradik die. pernah tak dia naik tangan kat adik beradik dia? pernah tak dia biarkan adik dia tertunggu tunggu dia kat depan sekolah, tunggu abang dia ambik bawak balik rumah. sedangkan time tu dia tengah sibuk wat keje lain. sampai terlupa dekat adik dia sendiri. last last adik dia jalan kaki balik rumah. ni ke contoh abang yang baik?

mungkin korang semua nak tahu apa kaitan hubungan dia dengan mak, ayah and adik beradik die have to do with your relationship. nak tahu ape sebabnye? meh aku terangkan..

mak korang uh perempuan. korang pon perempuan kn. kalau die layan mak dia baik, ikot cakap mak dia, jangan tak suka pulak. cakap dia anak mak la, anak manja la. tambah tambah ada pulak yang menghasut jangan kahwin ngan orang yang macam ni. nanti dia asik lebihkan mak dia dari korang, bini sendiri. tak semestinya. kalau dia layan mak dia baik, dia akan layan korang baik jugak. dengar cakap korang. haa.. korang tak suke ke dapat suami camni? kalau dia layan mak dia buruk, naik suara, naik tangan, naik kaki kat mak sendiri, lupakan je la. cari laki lain je. dengan mak dia yang da lahirkan dia, da besarkan dia, dia boleh wat camtu, tak hormat, dengan korang lagi lah. korang sape bagi dia? mungkin masa bercinta memang dia habis hormat kat korang. cuba tengok kawin nanti. korang tak percaye? try lah wat eksperimen..

lepas tu, pasal hubungan dia ngan ayah dia plak. tengok camne hubungan dorang. kenapa penting hubungan dia ngan ayah dia? opkos la penting. sebab ayah tu represents society. kalau dia tak bercakap ngan ayah dia, makna nya dia kat luar pon camtu. jenis yang tak bercampur sangat dengan orang. mungkin korang akan cakap "baguslah. tak payah aku nak risau kalau kalau dia tiba tiba ade skandal ngan perempuan lain. dia pon tak ramai kawan laki, ape lagi kawan perempuan." ish, jangan macam tu. society tu penting jugak. kalau nanti korang susah, sape nak tolong korang kalau bukan orang sekeliling korang? di wat nye tibe tibe korang excident depan rumah jiran korang sendiri. tapi jiran korang tak kuar rumah pon tolong korang gara gara dulu suami korang pernah wat dajal kat jiran korang tu. haa.. sape yang susah? korang jugak kan? 

ha.. pasal hubungan dia ngan adik beradik dia. kalau adik beradik ni represent anak anak dia. kalau ngan adik beradik main belasah belasah, main parang parang, tak mustahil nanti ngan anak dia dia akan wat camtu jugak. mungkin tak sampai berparang parang kn, tapi pukul pukul, belasah belasah ade. macam mane plak ngan kes bapak rogol anak sendiri? meski pon anak uh secara rasminya bukan anak kandung dia, setakat anak tiri je. kalau kita pikir pikir kan, adik beradik uh memang muhrim. darah yang mengalir dalam diri dia, mengalir jugak dalam diri kita. kalau sorang laki uh sanggup pukul adik beradik dia, tak mustahil nanti dia akan wat kat anak dia sendiri. konsep yang sama. ade pertalian darah antara dia dengan adik beradik dia, antara dia ngan anak anak dia. so fikir fikir kan lah.

kita kene tengok ciri ciri ni kat sorang laki. ade ke tak ciri ciri ni dalam diri dorang. kalau takde, go and find another guy. kalau sayang sangat, try ubah. oke? semoga berjaya cari calon terbaik untuk hidup korang. 

p/s: bukan nak membebel macam mak nenek, tapi hanya mahu berkongsi ilmu. :)


wassalam..


Love looks not with the eyes, but with the mind,
And therefore is winged Cupid painted blind.
~William Shakespeare, Mid-Summer Night's Dream, 1595