ustazah aku pernah cakap, kalau nak pilih bakal teman lelaki or suami, teliti dan kaji tentang dirinya. bukan setakat tahu tentang asal usul dia, tarikh lahir, bilangan adik beradik, makanan dan minuman kegemaran tapi ketahuilah juga bagaimana hubungannya dengan orang lain.
macam mana hubungan dia dengan mak dia? baik ke tak? or dia suka melawan cakap mak dia, kasar dengan mak dia? mak dia nasihat, dia tak nak dengar. atau pun asal mak dia mintak duit belanja rumah untuk bulan ni, dia dah bising bising. kalau bagi pun tak ikhlas. bila suruh balik kampung jenguk mak, macam macam alasan dia bagi. busy la, takde cuti la. macam tu ke?
camne plak hubungan dia dengan ayah dia? rapat ke tak? ke tak boleh bertembung muka? asal bertembung je mesti nak gaduh. bergaduh bukan takat bertikam lidah je. kadang kadang naik kaki tangan lagi. ayah dia dia wat macam musuh. padahal dulu mase kecik bukan main manja lagi dengan ayah dia. macam tu ke hubungan dia dengan ayah dia?
lagi satu, tengok plak kat hubungan dia dengan adik beradik die. pernah tak dia naik tangan kat adik beradik dia? pernah tak dia biarkan adik dia tertunggu tunggu dia kat depan sekolah, tunggu abang dia ambik bawak balik rumah. sedangkan time tu dia tengah sibuk wat keje lain. sampai terlupa dekat adik dia sendiri. last last adik dia jalan kaki balik rumah. ni ke contoh abang yang baik?
mungkin korang semua nak tahu apa kaitan hubungan dia dengan mak, ayah and adik beradik die have to do with your relationship. nak tahu ape sebabnye? meh aku terangkan..
mak korang uh perempuan. korang pon perempuan kn. kalau die layan mak dia baik, ikot cakap mak dia, jangan tak suka pulak. cakap dia anak mak la, anak manja la. tambah tambah ada pulak yang menghasut jangan kahwin ngan orang yang macam ni. nanti dia asik lebihkan mak dia dari korang, bini sendiri. tak semestinya. kalau dia layan mak dia baik, dia akan layan korang baik jugak. dengar cakap korang. haa.. korang tak suke ke dapat suami camni? kalau dia layan mak dia buruk, naik suara, naik tangan, naik kaki kat mak sendiri, lupakan je la. cari laki lain je. dengan mak dia yang da lahirkan dia, da besarkan dia, dia boleh wat camtu, tak hormat, dengan korang lagi lah. korang sape bagi dia? mungkin masa bercinta memang dia habis hormat kat korang. cuba tengok kawin nanti. korang tak percaye? try lah wat eksperimen..
lepas tu, pasal hubungan dia ngan ayah dia plak. tengok camne hubungan dorang. kenapa penting hubungan dia ngan ayah dia? opkos la penting. sebab ayah tu represents society. kalau dia tak bercakap ngan ayah dia, makna nya dia kat luar pon camtu. jenis yang tak bercampur sangat dengan orang. mungkin korang akan cakap "baguslah. tak payah aku nak risau kalau kalau dia tiba tiba ade skandal ngan perempuan lain. dia pon tak ramai kawan laki, ape lagi kawan perempuan." ish, jangan macam tu. society tu penting jugak. kalau nanti korang susah, sape nak tolong korang kalau bukan orang sekeliling korang? di wat nye tibe tibe korang excident depan rumah jiran korang sendiri. tapi jiran korang tak kuar rumah pon tolong korang gara gara dulu suami korang pernah wat dajal kat jiran korang tu. haa.. sape yang susah? korang jugak kan?
ha.. pasal hubungan dia ngan adik beradik dia. kalau adik beradik ni represent anak anak dia. kalau ngan adik beradik main belasah belasah, main parang parang, tak mustahil nanti ngan anak dia dia akan wat camtu jugak. mungkin tak sampai berparang parang kn, tapi pukul pukul, belasah belasah ade. macam mane plak ngan kes bapak rogol anak sendiri? meski pon anak uh secara rasminya bukan anak kandung dia, setakat anak tiri je. kalau kita pikir pikir kan, adik beradik uh memang muhrim. darah yang mengalir dalam diri dia, mengalir jugak dalam diri kita. kalau sorang laki uh sanggup pukul adik beradik dia, tak mustahil nanti dia akan wat kat anak dia sendiri. konsep yang sama. ade pertalian darah antara dia dengan adik beradik dia, antara dia ngan anak anak dia. so fikir fikir kan lah.
kita kene tengok ciri ciri ni kat sorang laki. ade ke tak ciri ciri ni dalam diri dorang. kalau takde, go and find another guy. kalau sayang sangat, try ubah. oke? semoga berjaya cari calon terbaik untuk hidup korang.
p/s: bukan nak membebel macam mak nenek, tapi hanya mahu berkongsi ilmu. :)
wassalam..
Love looks not with the eyes, but with the mind,
And therefore is winged Cupid painted blind.
~William Shakespeare, Mid-Summer Night's Dream, 1595
And therefore is winged Cupid painted blind.
~William Shakespeare, Mid-Summer Night's Dream, 1595